Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan 40cm ukur lilit
Pokok Karas hi hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok
Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 specis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A Malaccencis, A. Beccariana, A.Rostrata dan A. Microcarpa.
Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari atas laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi
Pokok karas mempunyai sepsis di bawah CITES Appendix 11, merupakan sepsis terancam kerana kepupusan populasinya.
Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayuvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.